THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, February 4, 2012

Paprik Ayam yang simple dimple ;)



salam semua...

apa khabar semua.. semoga sihat sihat selalu dan ceria ceria selalu.

sepanjang minggu nih memang sibuk dengan katering sebab ada budak baru masukkan. Minggu nih kita nak share lauk paprik ayam yang kita buat... hasil usaha air tangan sendiri.

bunyi cam susah aje, rupanya senang aje sampai anak dara kita pun dah pandai buat dan mengubah jadi memacam... paprik jawa laa paprik itu dan ini lah... hehehehe...

jom share bahan bahan yang digunakan.




bahan bahannya:

*1 biji bawang merah (besar)
*3 ulas bawang putih
cili padi (ikut suka nak pedas mana)
3 helai daun limau purut
3 ketul ayam (seekor ayam potong 12)
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 biji tomato di potong 6

(* dikisar halus)

caranya:

tumiskan bahan yang dikisar halus tadi, masukkan cili padi yang diketuk aje dan daun limau purut. gaul rata dan masukkan ayam yang telah dipotong kecil, biar sehingga ayam masak, kalau perlu campur air. kemudian masukkan sos tomato, sos cili, kicap manis dan sos tiram kacau rata dan masukkan garam ikut rasa. gaul rata dan kemudian dimasukkan tomato yang dipotong 6. padamkan api dan masukkan kedalam pinggan. haa dah siap untuk disantap. senang kan..
kalau nak tambah karot, cauliflower dan kacang panjang juga boleh. masukkan kesemua sayuran ini selepas semua sos dimasukkan. kacau rata sos itu dan tambah sayuran.

selamat mencuba ye... :)


0 comments: