THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, February 25, 2012

pegedil ooo begedil... lalala...




salam semua..

semoga kita sentiasa sihat sihat dan gembira selalu. rasa macam kejap aje tapi rupanya dah lama tak masuk sini. Almaklum hari hari pergi cafe

sampai tak sempat nak update kat sini.
Baru baru nih saja la cuba buat pegedil nih.. eh pegedil ke begedil.. apa apa pun namanya ia memang sedap dimakan dengan nasi or soto nasi. My paberet sangat nih.. hehehe...

Membuatnya tak laa susah, senang aje sebab bahan bahan dia semua main agak agak aje... hehehe... gerenti jadi punya laa... jom kita cuba try test tengok cara dan step membuatnya. Tapi sayang tu hari lupa na
k amek gambar pulak... tak pe kita citer details kat sini kang esok esok senang anak cucu ku nak tengok resepi yang nenek dia orang dah cuba nih...

Bahan utamanya ialah kentang. Banyak mana? Ikut suka kita laa nak banyak mana pun. Kupas kulit kentang tu pas tu dipotong macam wedges tu. Kentang tu digoreng sehingga perang kecoklatan. Angkat dan toskan dari minyak.


Kemudian, kentang yang telah digoreng itu, ditumbuk lumat. Masukkan kesemua kentang yang telah ditumbuk itu didalam mangkuk besar supaya senang nak mengaul. Tambahkan garam dan lada sulah kemudian gaulkan rata. Pastikan garam tu rata kalo tak kang ada lak part yang termasin... hehehe... Pas tu, taburkan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng sekali. Dan gaulkan rata rata sekali lagi, cara mengaulnya adalah dengan meramas ramas sehingga segalanya menjadi rata.

Dan finalnya, buatkan bulat-bulat dan ditekan menjadi leper sedikit. Ha dah jadikan... ok sekarang untuk mengorengnya, pukul sebiji telur (kalo saya tambahkan garam sket) celupkan pegedil yang dah siap dibe
ntuk tadi kedalam telur dan terus masuk ke dalam minyak yang dah panas. Buat begitu sehingga habis semuanya...

Ha kan senang kan... n sedap jugak. Kalo nak tambah daging or ayam ke pun boleh jugak. Meh kita share gambar hasil air tanganku. ;)





Saturday, February 4, 2012

Paprik Ayam yang simple dimple ;)



salam semua...

apa khabar semua.. semoga sihat sihat selalu dan ceria ceria selalu.

sepanjang minggu nih memang sibuk dengan katering sebab ada budak baru masukkan. Minggu nih kita nak share lauk paprik ayam yang kita buat... hasil usaha air tangan sendiri.

bunyi cam susah aje, rupanya senang aje sampai anak dara kita pun dah pandai buat dan mengubah jadi memacam... paprik jawa laa paprik itu dan ini lah... hehehehe...

jom share bahan bahan yang digunakan.




bahan bahannya:

*1 biji bawang merah (besar)
*3 ulas bawang putih
cili padi (ikut suka nak pedas mana)
3 helai daun limau purut
3 ketul ayam (seekor ayam potong 12)
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 biji tomato di potong 6

(* dikisar halus)

caranya:

tumiskan bahan yang dikisar halus tadi, masukkan cili padi yang diketuk aje dan daun limau purut. gaul rata dan masukkan ayam yang telah dipotong kecil, biar sehingga ayam masak, kalau perlu campur air. kemudian masukkan sos tomato, sos cili, kicap manis dan sos tiram kacau rata dan masukkan garam ikut rasa. gaul rata dan kemudian dimasukkan tomato yang dipotong 6. padamkan api dan masukkan kedalam pinggan. haa dah siap untuk disantap. senang kan..
kalau nak tambah karot, cauliflower dan kacang panjang juga boleh. masukkan kesemua sayuran ini selepas semua sos dimasukkan. kacau rata sos itu dan tambah sayuran.

selamat mencuba ye... :)