THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, January 3, 2012

Som-Som dengan Gula Melaka




Haa posing posing sket. Inilah hasil air tanganku. Alhamdulillah mendapat sambutan dari seisi rumah dan rumah belakang.

Som-som ini memang sedap kalau dimakan sejuk. Nak membuatnya juga sangat mudah.

Bahan-bahannya

1 cawan tepung beras
1/2 cawan santan pekat
2 1/2 air

Semua bahan ini dicampur didalam periuk dan dikacau diatas dapur guna api kecil sampai adunan ini menjadi likat. Kemudian bolehlah dialehkan kedalam bekas.

Sementara bahan untuk air gulanya pula:

1 ketul gula melaka
1 senduk gula putih
1 cawan air

Didihkan semua bahan diatas api sederhana sehingga gula melaka hancur. Kalau pekat sangat bolehlah ditambah air lagi.




Beginilah hasilnya, jangan tak cuba pulak. Resepi ini adalah dari bonda dan akan cuba berkongsi lagi dengan semua. Terima kasih mama.




Monday, January 2, 2012

02012012



Salam semua.


Hari ini, sepanjang hari berjalan shopping aje... hehehe... bukan shopping suka-suka tapi shopping terpaksa... hahahaha... haa cam ner pulak tu kan..

Hampir separuh hari habis di Tesco aje, membeli belah barang-barang kering untuk memulakan perniagaan buka sekolah nanti. Senang disini sebab segalanya ada di bawah satu bumbung... hehe dah macam iklan laa pulak kan. Apa-apa pun kita senang membeli belah disini.

Tadi dah jumpa en.maltesers, tak sabar pulak rasanya nak mengerjakan dia. Tapi harus sabar lagi kerana baru perasan bahan-bahan untuk dikerjakan tu tak cukup lagi. Sabar ye ra... ;)



Haaa inilah en.maltesers tu... hehehe... mesti ingat cam ner laa rupanya kan... la la la...
Dan untuk dinner malam ini....



Oklah... dah kekenyangan dengan tower burger nih... sampai jumpa lagi... salammm...



Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru




Salam semua.

Diam tak diam kita dah berada di tahun 2012 ni, macam kejap aje setahun berlalu ye. Dalam tahun 2011 banyak perkara yang berlaku, suka duka dan macam macam lagi laa. Dah tercapai ke segala azam yang dilafazkan setahun lalu atau masih berbaki azam yang tak dicapai. Tak pe tahun ini boleh teruskan azam yang tak tercapai itu.

Apa azam u all semua tahun ini? As for me, biasa laa inginkan segalanya bertambah baik dari sebelum ini, lebih makmur dan semoga diberikan kesihatan yang lebih baik. Semua orang mempunyai azam masing-masing, semoga kita semua mencapai apa yang dihajati dalam hidup ini. Hidup hanya sekali, jadi pergunakannya sebaik mungkin.

Ohh ya, satu lagi.. saya akan cuba update blog hari-hari dengan pelbagai cerita seharian yang dilalui bersama keluarga tercinta dan juga kongsi resepi hasil air tangan sendiri.

Tahun 2012 nih, saya berazam untuk mencuba lebih banyak resepi mama dan resepi dari rakan-rakan internet yang lain dan pasti akan share di sini. InsyaAllah.

Semoga tahun ini lebih baik, lebih makmur dan lebih ceria buat kita semua.