Salam.
Inilah harinya yang ditunggu sejak minggu lepas. Patutnya minggu lepas tapi telah di postponed ke minggu ini... hehehe. Apa ke bendanya nih eh... hahahaha...
Ceritanya, aku dah berhenti kerja dari sebuah syarikat melayu pertama yang seumpama melakukan kerja kerja pengerukan. Aku telah bersama selama 7.5 tahun, bukan suatu waktu yang singkat kan... Telah banyak pengalaman yang aku kutip ketika bersama, suka dan duka aku bersama teman teman sepejabat, teman teman di pejabat tapak dan banyak lagi.
Pengalaman selama setahun setengah bertugas di pejabat tapak di Johor telah banyak membuka mata dan minda aku. Belajar berdikari, bertemu kawan kawan baru di tempat baru, banyak yg mengajar aku erti kehidupan. Tu belum citer seram kat rumah sewa walaupun aku disewakan bilik aje. Dah memacam yang aku lalui di sana. Terima kasih kerana pengalaman itu begitu mahal sekali dan tidak boleh ditukar dengan wang ringgit atau emas permata.
Hari ini merupakan kali terakhir kaki melangkah ke pejabat dan selepas hari ini, tiada istilah pergi pejabat lagi... Apa perasaan aku?? Macam macam aku rasa, ada rasa gembira, seronok, tidak percaya dan sedih sedikit. Almaklum selama inikan menjadi pekerja. :).
Mulai hari esok, aku akan melangkah kedepan dan tidak akan menoleh kebelakang lagi. Memulakan hidup baru di tahun baru ini. Doakan aku sentiasa meraih kejayaan ye.. :D. Aku harus yakin dengan segala keputusan yang telah diambil dan terus melangkah kedepan.
Esok, perjalanan aku bermula......
