
Salam semua.
Diam tak diam kita dah berada di tahun 2012 ni, macam kejap aje setahun berlalu ye. Dalam tahun 2011 banyak perkara yang berlaku, suka duka dan macam macam lagi laa. Dah tercapai ke segala azam yang dilafazkan setahun lalu atau masih berbaki azam yang tak dicapai. Tak pe tahun ini boleh teruskan azam yang tak tercapai itu.
Apa azam u all semua tahun ini? As for me, biasa laa inginkan segalanya bertambah baik dari sebelum ini, lebih makmur dan semoga diberikan kesihatan yang lebih baik. Semua orang mempunyai azam masing-masing, semoga kita semua mencapai apa yang dihajati dalam hidup ini. Hidup hanya sekali, jadi pergunakannya sebaik mungkin.
Ohh ya, satu lagi.. saya akan cuba update blog hari-hari dengan pelbagai cerita seharian yang dilalui bersama keluarga tercinta dan juga kongsi resepi hasil air tangan sendiri.
Tahun 2012 nih, saya berazam untuk mencuba lebih banyak resepi mama dan resepi dari rakan-rakan internet yang lain dan pasti akan share di sini. InsyaAllah.
Semoga tahun ini lebih baik, lebih makmur dan lebih ceria buat kita semua.
0 comments:
Post a Comment